Monday, July 11, 2011

Apakah!?

Memang tak boleh dinafikan lagi..
Kita manusia memang tak boleh nak melarikan diri dari kenyataan...
Aku rasa tak perlulah aku nak mention pasal perkara yang aku nak sebutkan nie pada semua...




Gambar Hiasan




KENTUT!!!!!!!!!!!!!!


Siapa yang tak pernah kentut dalam dunia nie? Semua orang pernah kentut, tapi setiap daripada kita berpendirian lain-lain..Ada yang anggap kentut nie jijik, ada yang anggap kentut nie nikmat(memang btol beb!)


Malu ke nak kentut nie? Hahaha! Ada certain orang rasa perbuatan kentut nie adalah sangat memalukan, ada jugak yang anggap perbuatan kentut nie sesuatu yang kurang sopan @ biadap(time ngah makan pun nak kentut, agak-agaklah brah..)


Kat sini aku ade sedikit info nak kongsikan bersama dengan semua Readers ..




                                                                      Gambar Hiasan


Kenapa Kita Kentut?


Kentut merupakan fenomena semulajadi yang berlaku pada manusia. Berbohonglah sesiapa yang mengaku tidak pernah kentut. Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan.


Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.

uiks, lelaki lebih kuat kentut?? !! 
Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana. Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:
  • Makanan
  • Udara yang disedut
  • Jenis bakteria dalam usus
  • Tempoh masa kentut ditahan keluar
Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen

Kenapa Kentut Berbau?
Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk....
Kenapa Kentut Berbunyi?
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada had laju dan kuantiti gas yang akan keluar..

So, apa macam? Haha! Nie semua Fakta ok..Bukan auta..Aku sengaja je nak berkongsi dengan korang semua..walaupun bagi korang thread kali nie agak tidak senonoh, tapi ianya masih lagi satu information yang berguna..nanti kalo korang dah kahwin, ada anak, pastu anak korang tanya pasal kentut, at least korang boleh jawab .. Haha! Ok r..sampai sini je dulu, nanti kalo ade info-info yang pelik-pelik lagi, aku akan kongsikan bersama, alright? Salam!!

Jadikan Hidup Anda GEMPAK HABIS!

Sumber Asal:  Dr. Waina 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...