Thursday, December 8, 2011

Assalamualaikum w.b.t !!


Assalamualaikum w.b.t 

Ohaiyo! 

Wahaha! Agak lama aku tak update blog ni. Ada dalam 3 bulan kot? Ntah . Ekekekekeke
Almaklumlah, aku kecewa sebab diberhentikan kerja . Sedih~
Dalam masa aku tak update blog aku ni. Macam² perkara jugak yg aku lalui. Wahaha! 

First thing is, studio aku dah permanently sold. Kiranya sekarang ni owner barulah yg ambik alih tempat tersebut. Rasa sedih pun ada gak sebab terpaksa jual studio tersebut atas sebab² tertentu. 
/dignose


Ok. Sampai sini je lah dulu aku rasa. Nanti aku rajin aku postlah lagi apa² yg patut alright? 

Adiossa !


What are you looking at motherfucker!?


Thursday, September 22, 2011

Seksi Gila!! Confirm Terliur....






TERLIUR TAK? 

HAHAHAHAHAHA!

/XD

Tuesday, September 20, 2011

Harus baca! Sangat Penting!!



Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti
Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam..





Tikus Yang Hebat!

/hihi



Kata tikus pertama, “Aku tak pernah takut dengan
perangkap tikus. Malahan aku selalu dekati
perangkap itu dengan sengaja, dan bila perangkap
hendak merangkap aku, dengan senang aku elak.
Macam tu lah aku mengisi masa lapang”.

Tikus kedua tidak mau kalah. “Kalau aku, racun
tikus
tu sudah menjadi minuman seharian. Sudah jadi
macam air putih aje,” katanya tidak mau kalah.

Si tikus ketiga terdiam, kemudian mendadak ia
bangun dan melangkah pergi. “Eh, tunggu,engkau
nak ke mana?!!” teriak dua tikus lainnya. Sambil
menoleh, tikus ketiga berkata, “aku ada temujanji
dengan kucing!”




/bye


Anak

/hihi




Seorang wanita menaiki bas sambil mendukung bayinya. Tiba - tiba pemandu bas menegur : "Inilah pertama kali saya melihat bayi paling hodoh dalam hidup saya." Marah dengan sindiran tersebut, wanita itu mencampakkan duit tambang lalu beredar dengan muka masam mencuka. Seorang lelaki yang duduk bersebelahan Menyedari wanita itu diganggu lalu bertanya : "Apa yang dah berlaku ?".

"Pemandu bas itu menghina saya !" balas wanita berkenaan.

Lelaki itu kelihatan bersimpati.:" Dia tidak patut cakap bergitu

kepada penumpang, lebih-lebih lagi seorang wanita beranak kecil." Katanya.

"Betul kata awak tu, saya patut mengajarnya, "Balas wanita itu.

"Idea yang baik, pergilah …., biar saya dukung anak monyet awak tu !"

Kata lelaki tersebut.


/bye

Askar Paling Berani

Salam To All

Aku ada cerita lucu nak share dengan korang semua..harap korang semua terhibur ok?

/dignose


Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tenteranya dan untuk membuktikannya setiap jeneral memerintahkan salah seorang askarnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun

Jeneral : Askar maju ke sini
Askar : Baik Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakkan ke tubuh kamu
Askar : Baik Jeneral

Peluru ditembakkan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si askar tidak dapat menangkapnya dan terus mati.

Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat askar saya sangat berani dan sanggup mati”


2. Jerman

Jeneral : Askar maju ke sini
Askar : Baik jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar : Baik Jeneral

Peluru meluncur pantas dan askar yang menangkap hancur berantakan.
Si Jeneral sangat bangga dan berkata ”Askar saya lebih berani, sanggup menggadai nyawa menangkap bom RPG”


3. Indonesia

Jeneral : Askar maju ke sini
Askar : Baik Jeneral
Jeneral : Seberangi kawasan periuk api dengan berlari cepat
Askar : Tidak mahu jeneral !
Jendral : Seberangi cepat !!
Askar : Tidak mahu jeneral !

Sampai tiga kali si jeneral memerintahkan askarnya, namun tetap di tolak.

Si Jeneral berkata “Lihat askar saya yang paling berani…. perintah jeneral langsung dia tolak…”


/bye

Cerita Malas

Salam to All..

Gambar Hiasan


Ada satu masalah yang kita manusia nie tak boleh nak lari..masalah Malas..aku pun kadang² ada gak perasaan malas tuh..memang bagi aku malas ni masalah..taktau nape, tapi memang malas ni masalah bagi aku..kadang² tuh bila lepak kat rumah time cuti kerja, aku jadi malas nak keluar..taktau nape..fed-up lak aku rasa dengan perasaan malas ni..banyak kali gak aku cuba buang tabiat malas ni, tapi tak berhasil..tetap akan wujud perasaan malas..korang semua mesti pernah lalui saat² malas macam aku..bila cerita pasal malas ni, aku teringatlah pulak cerita lucu yang kawan abang aku share kat aku..kalau nak tau ceritanya, bacalah kat bawah ni..tapi korang semua kena betul² faham jalan cerita ni..kalau tak faham..lantak kat koranglah....

Semoga readers terhibur...
/dignose


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” 

Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”



/bye



Expression Of My Heart....

Salam to all ..

Hari nie aku agak takde mood, sebab demam aku tak elok² lagi .. Pastuh, dalam bulan nie je aku asyik kena maki dengan customer..agak pedihlah jugak..then, semalam aku dapat berita buruk lagi..bertambah tension dalam otak aku..kerja kat tempat kerja aku tuh, bukan main berlambak lagi..tiap² hari kena buat..makin tension lak aku..duit plak dah abih..bertambah-tambah tension dalam palotak nie..macam mana aku nak pergi kerja kalau duit dah habis? Pasal makan aku tak kisah, balik rumah boleh makan..pasal duit minyak motor tuh yg aku pening kepala..macam mana aku nak pergi kerja kalau motor aku takde minyak? Macam mana motor aku nak bergerak? Aduyai..bertambah tension otak aku nie...
/blur

Korang semua pernah tak mengalami perkara yang sangat tension? Mestilah pernahkan? Bohonglah kalau tak pernah, setiap dari kita kat dunia nie mesti akan ada yang mempunyai masalah..kemudian menjadi STRESS! yang amat sangat²..macam aku sekaranglah, stress dowh, tension pun ada..pening kepala nie memikirkan masalah yang sedang aku hadapi..



Bila dah stress nie, mulalah perasaan marah menyelubungi..
Hurm, dan takde tempat utk mengadu....orang lain ada tempat nak mengadu..aku selalu berdoa je..maybe sebab tuh aku tak ramai kawan..aku selalu hadapi masalah aku sorang² je ..

Monday, September 19, 2011

Cinta Abadi

Mungkin kita terlupa dgn artikel ini.

Detik-detik Rasulullah SAW menghadapi sakaratul maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan Sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.

Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,"

kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman

kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.





Original Copied From: maklumatterkini.blogspot.com

Friday, September 16, 2011

Sharing is Caring!

There's a song that I would like to share with all readers..
It's a nice song sang by Richard Marx...the title of the song is "Right Here Waiting"
I dedicate this song for someone special that I've been waiting for a long time to marry her..
I hope that day will come and both of us will happy until the last of our breath..





Richard Marx - Right Here Waiting


Lyric

Oceans apart day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain

If I see you next to never
How can we say forever

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I took for granted, all the times
That I though would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now

Oh, can't you see it baby
You've got me goin' CrAzY

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I wonder how we can survive
This romance
But in the end if I'm with you
I'll take the chance

Oh, can't you see it baby
You've got me goin' cRaZy

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you 





















Love is something that cannot be tell...





Thursday, September 15, 2011

Go Go Power Rangers!

Aku masih ingat lagi time kecik² dulu, aku selalu tengok cerita power rangers .. seronok owh cerita nie .. 
/wahaha

Memang tak boleh nak di lupakan..patuh lagu dorang lak Iron Maiden yg bawak..memang terbaik!
Aku paling suka part dorang seru Megazord..style habislah!!

Layan!
/dignose









Wednesday, September 14, 2011

Doa Penerang Hati

For SPM Candidate!!

Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan digagalkan dr Ujian SPM.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala H0tak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau


Kalau gelak/senyum dikire GAGAL.. :P

Saturday, September 10, 2011

Geram nie !!

Salam To All !!

Tension tension tension ..
Marah aku pada sang HACKER masih belum hilang lagi .. Memang tension gile siot ..
Penat aku nak kena make-up kan balik blog neyh .. TENSION!
Sabar pun ada gak had nya .. kalau dah sampai nak hack, apa jadahnya ..
Memang siallah sang HACKER tersebut ..
Sumpah aku benci gile ..

P/S: To All Hacker Out There, Just Stop What You Doing..We All Can't Forgive You Until You DIE!!

Thursday, September 1, 2011

Kena hack!

Salam to ALL !!

Aku betul² tak sangka lahai time² raya macam ginie pun ade gak manusia nak perdajalkan orang lain ..
Tadi aku ingat nak mengupdatekan Blog aku dengan Entry² terkini ..
Bila aku bukak je blog aku, agak terkejut bila aku tgk semuanye berubah!!
OMG! Ape sudah jadi!? Mane pergi semua widget yg aku letak? Mane pergi semua make-up yg aku letak?! Siapa yg buat blog aku jadi macam nie!?
Memang dasar sundal lah mangkuk tersebut .. ape yg kau dengkikan sangat sampai nak hack Blog aku ni?
Kalau ye bebeno tak puas hati dengan aku, meh jmpe depan² ..

Marah betul aku.. Tak pasal² dapat dosa Free .. Sial lah!

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya woi!!

Salam to All!!

Pekaba!? Sihat? Alhamdulillah ..Syukur ke hadrat Illahi .. Raya kini telah menjelang tiba..aku pun tak berapa nak sihat..demam, kaki pulak bengkak akibat kemalangan ditempat kerja tempoh hari .. So, aku just nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada sesiapa yg mengenali diri ini..ampun maaf di pinta dari hujung rambut hingga hujung kaki .. /wahaha

Aku nak share satu lagu dengan korang semua..mesti korang kenal sape penyanyi nie..sebab beliau famous .. :)





Neyh aku nak share sket pantun dengan korang semua .. Enjoy! :)


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!





Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?





Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang 





Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri





Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia 





Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan 





Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan





Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah 





Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 




Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


/bye


Wednesday, August 24, 2011

Celoteh Kosong







Salam to All & Selamat Tengahari...

Berat je aku rasa nak membukak mata nie..tapi nak wat macam mane, kene kerjakan..kalau tak kerja, tak dapat lerh duit..aku tatau aku nak share ape ngn korang hari nie..sebab tade benda yg terjadi lagi..tadi aku g anta baju melayu ke kedai jahit utk dijahitkan lubang butang..aku anta seluar je rasenye tadi..ingat dapat siap time tuh gak, rupenye petang nanti baru siap..nak tanak besok pagi je la aku datang..aku pun nak memberambuskan diri dari kedai tersebut..niat kat hati nak call mak aku dulu, bagitau beliau yg seluar tuh siap besok..Last² ade lahanat mane ntah parking kete belakang moto aku..dah jadi satu masalah, macam mane aku nak keluarkan moto aku dari parking tersebut? Menunggu lerh jawabnye..

Tunggu punye tunggu, dah macam tunggul aku tunggu...
Aku pun dah naik malas menunggu, marah punye pasal kat owner kete tuh, kete dye jadi mangsa aku..
Aku mem-FIRE kete beliau...


















Padan muka beliau..sukati je nak parking kete kat belakang moto aku..beliau ingat diri beliau tuh sape..!?
Nak tau ape jadi kat kete beliau......??  Jom kite tgk....silalah scroll ke bawah ....



















Punyelah hodoh lepas kene FIRE ngan aku..tuh la padahnye..lain kali jangan sukati je parking kete anda dibelakang kenderaan yg lain...nak tgk rupe asal kete nie???? Scroll lagi ke bawah ...
  

**




**




***



**




**




**






/bye








P/S: Tade motif pun wat benda nie..sebab ngah bosan..ape pun boleh terjadi ... /XD

Homo ke?

Salam to All!

Kalau betullah raya jatuh pada tanggal 30hb nie, makna kata...lagi 5 hari je la kan?
WOW!! Macam tak caye je..begitu cepat mase berlalu..pejam celik dah nak raya..Ape agaknye azam korang pada raya nie ek? Kalau aku pnye azam utk raya tahun nie..ntah lah..macam biase je la..ok, tolak ke tepi../dignose


Ape plan korang utk raya kali nie? Aku tgk bukan makin busy lagi rakyat Malaysia nie shopping sana sini..macam seronok je raya dorang tahun nie...aku cuti 2 hari je..raya ke-3 da kene kerja balik..sedeih btol..aduyai../no

Kat tempat kerja aku, adelah sorang customer nie..pelik lak aku tgk beliau..dye regular customer aku, selalu gak wat tailormade..2 hari lepas beliau ade datang ke tempat kerja aku utk shopping raya..beliau membeli sehelai kemeja T-shirt SlimFit & sehelai seluar khaki..ketinggian beliau tidak mencukupi utk memakai seluar tersebut maka terpaksa di potong kaki beliau..Eh! Tak² .. maksud aku, seluar tersebut yg terpaksa di potong..Ikutkan hati, memang malas r aku na menjahit..tapi beliau berkata bahawa beliau akan datang ambik seluar tersebut pada keesokkannya..aku pun dengan berat hati pun terpaksalah bersetuju dengan beliau..

Besoknye, beliau datang ke kedai aku(aku dah siap potong kaki seluar beliau). Beliau pun menunjukkan resit seluar yg beliau beli semalam..aku pun menghulurkan seluar beliau..patuh, beliau tanya aku, "tak balik kampung beraya ke?" aku just jawab tidak je la, lagi pun kampung aku memang kat Kuala Lumpur je..patuh beliau berbual dengan Supervisor aku..bual kosong je, time beliau nak balik tuh, beliau bersalaman dengan supervisor aku then beliau bersalaman dengan aku pulak..beliau pandang aku lain macam, aku terasa macam seram sejuk je dengan pandangan beliau...patuh beliau senyum & berlalu pergi..aku yg kat situ dah macam orang bengong je..apsal beliau pandang aku macam tuh???
Apa yg supervisor aku cakap kat beliau????????

Otak kalau dah crack, macam nie lah jadinya™

Salam to All!

Pejam celik pejam celik..dah nak raya rupanya kita nie..rase macam sekejap je mase berlalu..
Sebelum terlambat ke ape nanti, better aku wish SELAMAT HARI RAYA kepada semua readers...

Tadi waktu aku balik kerja, aku saje je menyinggah kat warung nie dengan kawan aku bernama Ikal..Saje lepak² kosong..Sebab penat bekerja laa katekan..Kitorang pun macam biase borak² pasal kerja..Semua pasal kerja ar..Patuh masing² diam tatau nak borak ape..Bila dah diam je aku pun naik bosan r..Mula laa datang idea nakal nak kacau orang malam² buta..Aku mesej lerh Supervisor aku bernama Jovi..Tengah² mesej si Jovi nie, kawan aku si Ikal pun turut join utk memeriahkan lagi suasana yg bosan..Beliau pun mesej gak si Jovi nie..Maka, terciptalah sebuah sketsa "Cinta Tiga Segi" .........

Aku: Kita ade masalah besar...
Jovi: Ape?
Aku: Bukan kau tapi aku...
Jovi: Tapi ape?
Aku: Aku malas nak balik rumah...
Jovi: Asal?
Aku: Aku tak jumpa jalan yg benar utk pulang ke rumah..

Patuh beliau tak reply mesej aku, then kawan aku yg sorang lagi bernama Ikal pun mesej beliau...

Ikal: Agak² lah..Aku dengan Renji nie..Kau jangan merampas beliau dari aku...Aku dengan Renji dah bertunang...
Jovi: Alah, Abang Kal..

Aku plak tetibe menyelit../wahaha

Aku: Ikal dah terus terang dengan kau, harap kau pahamlah..Kite memang tak di jodohkan untuk bersama..kalau kau sayang aku, kau kena lepaskan aku..aku harap kita kawan macam biase je pasni..janganlah kau harap lebih dari tuh.. -yang benar :RENKAL(Couple Of The Year)
Jovi: Macam mane aku nak hidup tanpa kau, Renji?
Ikal: Kau jangan ganggu Renji lagi..Beliau milik aku..kau ganggu beliau lagi..nahas kau aku kerjakan..
Jovi: Sampai hati, tapela..aku nak bunuh diri...
Aku: Kisah plak aku...better kite stop mesej..nanti tunang aku marah plak..beliau ade kat toilet skang..nanti kantoi plak kite mesej..aku sayang beliau lebih dari segala-galanya..aku harap kau paham..semoga kau akan jumpe jodoh yg lagi bagus dari aku..

Tengah best berdrama, si Jovi nie leyh anta mesej macam nie plak ..

"BAPAK DAK KOLEJ YG AKU LEPAK DGN BRU NK UP NK SHISHA TU PN XRETI BAPAKLAH"

Aku: Ape yg ko type nie? Aku tak paham langsung..Ooo..dah pandai guna bahasa boyan skang..Sebab tuh lah aku tinggalkan kau! Dah lah kau scandal dengan Manager tempat kerja kau..patuh kau bohong aku lagi..memang useless lah kau nie!
Jovi: Tape, kau akan menyesal nanti..time tuh kau jangan merayu kat aku...
Aku: Ah! Aku dah tak peduli pasal kau langsung..!!
Jovi: Tapelah Renji...Aku takan lupakan apa yg dah kau lakukan terhadap diri aku..
Aku: Lantak kat kau lerh..
Jovi: Kau nak ape lagi? Tak puas lagi kau dah sakitkan hati aku haa Renji?
Aku: Now nama aku RENKAL! Renji + Ikal = RENKAL...
Jovi: Habis tuh? Kau nak sakitkan hati aku lagi ke? Masih tak cukup ke?
Aku: Suka hatilah kau nak cakap ape..hubungan kite dah berakhir paham?
Jovi: Pleaselah, aku merayu...aku melutut pada kau...........................

Ending memang lucah habis..aku taleyh bagitau..huahuahua!

Ikal: Bebal owh supervisor kau nie, Renji...

/XD

Mintak ampun mintak maaf Jovi..jangan potong gaji aku tau..nanti tak beraya lak aku..papehal, kau memang supervisor terbaik pernah aku dapat..Plus, skema JUBUR!! /wahaha





Sunday, August 14, 2011

Only One .. .. ..

Dia adalah sebahagian dari hidupku... Suka duka telah pun kami lalui bersama..Walaupun begitu banyak rintangan yg telah kami lalui..Namun kami tetap bersama..Ribut taufan melanda sekali pun..Cinta kami tetap teguh..Rupa paras bukanlah ukuran..Kepercayaan dan ketulusan lah yg sebenarnya..Biarlah apa orang lain katakan tentang kami..Akan tetapi, kami tetap akan bersama..Pahit manis adalah kenangan yg terindah...



Lagu ini ku tujukan kepada mu, sayang....


**Bryan Adam - Please Forgive Me**






It still feels like our first night together
Feels like the first kiss and
It's gettin' better baby
No one can better this
I'm still hold on and you're still the one
The first time our eyes met it's the same feelin' I get
Only feels much stronger and I wanna love ya longer
You still turn the fire on

So If you're feelin' lonely.. don't

You're the only one I'd ever want
I only wanna make it good
So if I love ya a little more than I should

Please forgive me I know not what I do

Please forgive me I can't stop lovin' you
Don't deny me

This pain I'm going through

Please forgive me
If I need ya like I do
Please believe me
Every word I say is true
Please forgive me I can't stop loving you
Still feels like our best times are together
Feels like the first touch

We're still gettin' closer baby

Can't get close enough I'm still holdin' on
You're still number one I remember the smell of your skin
I remember everything
I remember all your moves
I remember you
I remember the nights ya know I still do

One thing I'm sure of

Is the way we make love
And the one thing I depend on
Is for us to stay strong
With every word and every breath I'm prayin'
That's why I'm sayin'... 

Nur Ann   


Just want you to know that how much I love you..Thanks for understanding me.. :)

Super Villains!!

Perhatikan wajah anak-anak dibawah ini..Apakah yang akan berlaku pada mereka bila mereka sudah dewasa nanti?



****

***

**

*



I'm a Gangsta, Motherfucker!







Mission Accomplished........







My head is Super strong!!


That's All For now! /bye

Friday, August 12, 2011

Restricted Area!

Haha! Tajuk thread tade kaitan dengan content pun...

Aku sedih sket coz masalah selalu terbang sana sini kat atas kepala nie..Pening kepala aku memikirkannya..Aku pun naik pening skali..Dalam banyak-banyak masalah satu je yang aku memang rase macam tak best je..Bukan sebab baju raya , duit raya or tak dapat beraya...Sebab musababnye pun adoiyai ialah, aku taleyh nak on9 selalu macam dulu-dulu..Sebab? Computer aku rosak & makna kata aku taleyh lah nak berfacebook & berblogging..Huwaaaa!
/no

Actually, apa tujuan korang ek join social site such as Facebook? Mesti ramai antara korang akan cakap sebab nak mencari kawan-kawan kan?
Yeke? Ke korang nak mencari pasangan hidup korang? Or korang nak mencari pengganti hidup korang? Atau pun korang nak berniaga secara online? Haha!
/wahaha

Aku pun tatau apa motif aku join social site, maybe sebab trend kowt? Semua orang ade account social site masing-masing..So, sape yg tade tuh means beliau adalah salah seorang yg ketinggalan zaman....
/sweat (Lucky I'm Not)

Apa agaknye ek tujuan sebenar aku join social site macam nie? Nak bercerita? Aku ngh berceritalah nie..Nak mencari kawan? Rasanya macam tak je..Sebab ape ek? Sebab utamanya, Mostly in my FB Friendlist is the people that I already known outside...Kebanyakkan yg aku add kat dalam FB tuh  pun bukannya nak approve & aku pun jarang add..Orang lain je yg selalu add aku...Tuh pun semata-mata nak tambak friends..bangang btol ~ ~ ~ Apalah yg agaknya nak dibanggakan dalam friendlist ada beribu kawan tapi sorang pun tak pernah bertegur..haish ~ ~ ~

Nak kata utk berchatting..Aku pun jarang online FB aku tuh..On 5 minutes, update status then Logout...Tuh je la pun..Aku pun tak paham kenapa aku buat macam tuh...
/blur

Ape yg penting skali, aku dah taleyh nak on9! Huwaaaaaa!
/floor
Sedih sedih sedih ~ ~ ~
Ps2 je lah peneman aku pasni.................... 

Dunia Sekarang~~

Salam to ALL!

Aku memang tak paham dengan dunia skang nie..nape lah ade yg sanggup ambik jalan mudah utk mendapatkan duit? Peluang pekerjaan bersepah kat Malaysia nie..Sampai orang dari seberang pun sanggup masuk negara nie secara haram semata-mata nak mencari rezeki utk bagi makan anak bini kat kampung...Tapi orang-orang kat negara nie plak? Kes pecah rumah, meragut, merompak makin menjadi-jadi...Selalu terjadi kat kawasan perumahan...Walaupun dah ade Rukun Tetangga, namun kegiatan tidak bermoral tersebut masih lagi berleluasa..Aku pun naik tak paham dengan masyarakat skang nie..

Baru-baru nie jiran depan umah aku bangsa cina kena rompak dengan tiga ekor perompak, naik superbike...sorang berparang...Aku ngah best-best main game, boleh plak dengar orang jerit mintak tolong..Ingatkan gerak khas ngah wat shooting ke ape .. Sebab kawasan rumah aku nie selalu sangat dorang wat shooting..Aku pun jenguk lerh ke luar jendela..patuh,  aku nampak lerh 3 ekor perompak tuh..Aku ingat nak kuar ar tolong..Tapi dah tengok perompak tuh pegang parang panjang .. Tak berani plak aku..Aku cuba cari ikhtiar camne nak tolong..Tapi, tak berdaya...Sebelum aku hilang nyawa better aku dok tepi dulu..Bukan tanak tolong..Tapi, aku tade seni mempertahankan diri..Di buatnya aku tersilap langkah, tak melayang nyawa aku? Aku nak hidup lame lagi beb...

Tapi dari apa yg aku tgk, owner umah yg dirompak tuh tade pape pun, cedera pun tidak..maybe sebab dah ade orang tolong jerit mintak tolong kowt? Lagi pun, aku perasan yg muka perompak tuh masing-masing tengah cuak...Yg pelik bagi aku, nape dorang merompak pukul 9.00pagi??? Patuh aku dah tatau pape lagi..Aku just nampak polis datang and ambik keterangan mangsa rompakan..After that, aku kuar g mane-mane pun, g bazar skali pun, aku hati-hati je..kawasan umah aku nie selalu gak ade kejadian pecah rumah..so memang 100% kene berhati-hati..Tapi, aku masih tak paham dengan manusia nie...Apelah susah sangat nak keje? Kalo tak dapat keje office..try lah keje promoter kat mane-mane shopping complex...Haish...dunia dunia~~
/dignose

My Playlist!

Apsal aku rase lagu-lagu kat bawah nie macam best je ek? /dignose


Edane-Kau Fikir Kaulah Segalanya


Paparoach - Scar


Falling In Reverse - The Drug in Me is You

Yngwie Malmsteen - Prisoner Of Your Love

Nie lah antara lagu-lagu yg aku selalu dengar..Saje je na share dgn korang ... /hmm

Tuesday, August 2, 2011

Peristiwa

Salam To All!


Ade lah sket cerita aku na share kat sini..Mase berbuka puasa tadi, aku dapatlah mesej dari sorang kawan lame nie(kawan masa sekolah rendah dulu). Beliau merupakan seorang wanita...Bernama Syazlina Karin bte. Hj. Ahmad Daud...tadi dye mesej aku, dye ckp lame ta dengar cerita pasal aku..First time gak r bagi aku, bkn sbb ape..Selama aku hidup kat muka bumi nie..tade sorang pn kawan-kawan lama aku call n carik aku..Aku pn tade carik dorang..Tapi, minah nie carik aku plak..Yg peliknye mane dye dapat nombor phone aku??
Rupanya beliau dapat nombor aku melalui Skype..Aku pun dah lame ta on skype, so ta ingat...

Patuh aku malas na melayan..aku just reply ckp aku sihat je..patuh dye msj aku lagi..aku ta reply..then dye call aku..Call bertubi-tubi macam siak..Aku pn terpaksalah mengangkatnya...Dye ajak berborak plak..Aku cakap je aku busy..Tak dapat nak temankan dye berborak..Tapi, satu perkataan je yg membuatkan aku terus melayani perbualan tersebut..."Peristiwa Ketika Darjah 6"

Aku agak terkejut dengan benda yg beliau cakapkan...Aku ta sangka beliau akan ingat perkara yg telah berlalu ntah berapa tahun..Aku terus tanya kenapa..Beliau cakap beliau asyik termimpi-mimpi pasal peristiwa tersebut..Aku stopkan perbualan kami lalu aku terus terdiam, aku dah melupakan peristiwa tersebut, tapi dye ingatkan aku balik..memang jadi mimpi ngeri bagi aku...................

Monday, August 1, 2011

Bulan Puasa Kini Sudah Tiba!

Alhamdulillah Bulan Ramadhan datang dan pergi...dan kini bulan ramadhan kembali lagi..
Lately, aku agak busy sampai gaduh dengan someone..Memang aku tade masa, nak tanak kenalah paham..
Ok, tolak ke tepi masalah tersebut..

Puasa hari pertama semuanya berjalan dengan lancar...Siapa yg ta puasa? C'firm ada yg ta puasa punye...
Haha! Cite pasal puasa nie, ramai lagi yg ta gantikan puasa yg lepas...termasuk aku..adessssssssssss!
Haha! Insya-Allah pas Raya baru aku ganti...Pejam celik pejam celik...Dah pun bulan ramadhan..Tak lame lagi dah nak raya plak...Banyak pakai duit tuh(sebab tuh la aku busy) .. Mesti ramai yg pecah kepala fikir barang-barang utk persiapan hari raya(Baru 1st day puasa da cerita pasal raya lak).. /XD

Tapi memang betullah...ramai yg da beli barang-barang utk raya..C'firm pnye..Sebab aku sendiri pun dah membeli...Sebab apa korang tau tak? Sebab tanak last-minute-shopping..nanti banyak barang dah takde..memang betul last minute harga murah sket..Tapi, na buat ape? Time tuh la baru na kelam kabut carik barang-barang..wat semak palotak je..baik shopping awal-awal..

Ha! Zakat korang da bayar ke belum?? haha! Awal lagi...tape-tape..tapi jangan sampai terlupa na membayarinye pun adoi...penting tuh!!  
Banyak perkara yg telah pun berlalu..Aku pun ta sedar amende perkara-perkara yg dah berlaku..
Bulan puasa nie alhamdulillah aku rase happy sket ngn family aku..Rezeki yg Allah bagi alhamdulillah mencukupi...Setelah dua tahun rumah aku tade televisyen...At last ade gak..Siang tadi aku g beli tv ngn abg aku..Beliau yg belanje..Patuh, beli Ps2 skali..walaupun kurang minat..tapi, dah abg aku nak beli...tibai je la!!
Lagi pun, ade game yg aku nak main kat Ps2..Walaupun game tersebut aku dah abih main kat Pc..Kali nie nak try kat Ps2 plak..Nak gak merasa macam mane ade Ps2..Asyik ngn Komputer je...
Chit Chat Chit Chat! Sedar tak sedar dah pukul 4...maka dengan itu aku pun ingin mengundurkan diri sebab nak memasak utk sahur nanti(aku chef hari nie) .. Tuh pun kalau rajinlah...kalo terasa malas, beli je..senang cite..

Sebelum aku chiao, nak tanya kat korang semua r..ape preparation korang utk raya tahun nie and apa azam korang pada raya/puasa tahun nie? Meh lerh kongsikan bersama..takan nak kedekut plak..Kedekut takan kemane pnye... Azam aku utk raya & puasa tahun nie..Aku nak stay kat umah je, then nak puasa penuh..Insya-Allah if tak gastrik(bukan alasan ok, serius aku memang ade gastrik) ..

Alright lah....Sampai sini je dulu, nanti aku post benda lain lak..maybe recipe aku utk berbuka/bersahur plak ke? nak gak kongsikan benda-benda yg aku masak time bulan puasa...

Tuesday, July 26, 2011

Berpusing-pusingan !!

Penat la siot..haha!
Jalan-jalan mencari tempat bernama Impian Baiduri Apartment!
Punye la jauh...Apa motif aku g sane ek? Haha! Mane leyh bgtau..rahsia.... 
/wahaha


Tapi, bila da sampai ke destinasi, kecewa plak yg datang...memang ta best btol...
Jauh tuh, dari Gombak sampailah ke tempat yg di tuju...
Dah lah naik moto, jalan sesak plak..panas terik...


Aku na tanye kat korang semua laa...Apa perasaan korang ek bila korang pergi ke sesuatu destinasi tuh kan tapi korang hampa dan kecewa? Jomlah kongsikan bersama...
Tak kesahlah apa cerita pun, kongsikan aje...kalau sudilah...... 
/dignose

Monday, July 25, 2011

Bosan! Bosan! Bosan!

Aduyai .. Bila da sampai rumah, mulalah na bosan..siot tol! 
Tatau na watpe ..
/wahaha

Aku na tanye sket pada korang semua.....Apakah aktiviti malas yg akan korang buat di waktu petang-petang begini? 
/hmm

Mesti ade yg akan bg jawapan TIDURLAH BARU TAK BOSAN!! ../dignose
Pergh! Aku da cukup tido owt...takan na tido lagi..Belum malam lagi...

Argh! Kebosanan yg melampaui batasan!! Apa aku na buat nie!!!!!!!!

/floor

Trip To Port Dickson!

Yahoo!! Yehaa!! Yihuu!!
Selepas berpenatan di Event Make Some Noise keesokkan harinya kitorang balik ke Kuala Lumpur..Tp sebelum sampai ke Kuala Lumpur, Kitorang singgah jap mandi laut kat Port Dickson! Dah lame ta mandi laut woi!!! Dapat gak lepas geram mandi laut!!!! Paling seronok naik Banana Boat..Macam siput! Tukang bawak boat tuh tanak bagi warning ke ape, terus jatuhkan kitorang kat tengah-tengah laut...Dalam plak tuh!!!!! /shock

Dah la masing-masing ta reti na berenang..selamat ade baju keselamatan , kalo ta da lame aku mati lepas.../blur

Pas mandi laut kitorang g lak makan SeaFood, pergh!! terbaik!! Dapat gak makan Ikan Siakap Tiga rasa beb..haha! /wahaha 

Yang aku agak kecewa time tuh, aku ta dapat na naik Jet Ski..sedih siot!! /no 

Haha! Lantak la..lain kali ade lg../nobigdeal

Kat sini aku na share sket gambar mase kitorang g mandi laut...Check It Out! /XD

Kera pun pakai Pampers! Jgn main gila..haha
















Sebelum naik Banana Boat










Kera pun mandi laut owh..Jgn tak percaya!





Sunset yg sempat kitorang Snap.

Alexeus

Acapz

Rex

Lahm

Ejat

Renji

Kegirangan yg aku dapat pada hari tersebut, aku harap aku akan merasainya lagi sekali lain kali...Insya-Allah! /please
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...