Thursday, September 22, 2011

Seksi Gila!! Confirm Terliur....






TERLIUR TAK? 

HAHAHAHAHAHA!

/XD

Tuesday, September 20, 2011

Harus baca! Sangat Penting!!



Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti
Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam..





Tikus Yang Hebat!

/hihi



Kata tikus pertama, “Aku tak pernah takut dengan
perangkap tikus. Malahan aku selalu dekati
perangkap itu dengan sengaja, dan bila perangkap
hendak merangkap aku, dengan senang aku elak.
Macam tu lah aku mengisi masa lapang”.

Tikus kedua tidak mau kalah. “Kalau aku, racun
tikus
tu sudah menjadi minuman seharian. Sudah jadi
macam air putih aje,” katanya tidak mau kalah.

Si tikus ketiga terdiam, kemudian mendadak ia
bangun dan melangkah pergi. “Eh, tunggu,engkau
nak ke mana?!!” teriak dua tikus lainnya. Sambil
menoleh, tikus ketiga berkata, “aku ada temujanji
dengan kucing!”




/bye


Anak

/hihi




Seorang wanita menaiki bas sambil mendukung bayinya. Tiba - tiba pemandu bas menegur : "Inilah pertama kali saya melihat bayi paling hodoh dalam hidup saya." Marah dengan sindiran tersebut, wanita itu mencampakkan duit tambang lalu beredar dengan muka masam mencuka. Seorang lelaki yang duduk bersebelahan Menyedari wanita itu diganggu lalu bertanya : "Apa yang dah berlaku ?".

"Pemandu bas itu menghina saya !" balas wanita berkenaan.

Lelaki itu kelihatan bersimpati.:" Dia tidak patut cakap bergitu

kepada penumpang, lebih-lebih lagi seorang wanita beranak kecil." Katanya.

"Betul kata awak tu, saya patut mengajarnya, "Balas wanita itu.

"Idea yang baik, pergilah …., biar saya dukung anak monyet awak tu !"

Kata lelaki tersebut.


/bye

Askar Paling Berani

Salam To All

Aku ada cerita lucu nak share dengan korang semua..harap korang semua terhibur ok?

/dignose


Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tenteranya dan untuk membuktikannya setiap jeneral memerintahkan salah seorang askarnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun

Jeneral : Askar maju ke sini
Askar : Baik Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakkan ke tubuh kamu
Askar : Baik Jeneral

Peluru ditembakkan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si askar tidak dapat menangkapnya dan terus mati.

Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat askar saya sangat berani dan sanggup mati”


2. Jerman

Jeneral : Askar maju ke sini
Askar : Baik jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar : Baik Jeneral

Peluru meluncur pantas dan askar yang menangkap hancur berantakan.
Si Jeneral sangat bangga dan berkata ”Askar saya lebih berani, sanggup menggadai nyawa menangkap bom RPG”


3. Indonesia

Jeneral : Askar maju ke sini
Askar : Baik Jeneral
Jeneral : Seberangi kawasan periuk api dengan berlari cepat
Askar : Tidak mahu jeneral !
Jendral : Seberangi cepat !!
Askar : Tidak mahu jeneral !

Sampai tiga kali si jeneral memerintahkan askarnya, namun tetap di tolak.

Si Jeneral berkata “Lihat askar saya yang paling berani…. perintah jeneral langsung dia tolak…”


/bye

Cerita Malas

Salam to All..

Gambar Hiasan


Ada satu masalah yang kita manusia nie tak boleh nak lari..masalah Malas..aku pun kadang² ada gak perasaan malas tuh..memang bagi aku malas ni masalah..taktau nape, tapi memang malas ni masalah bagi aku..kadang² tuh bila lepak kat rumah time cuti kerja, aku jadi malas nak keluar..taktau nape..fed-up lak aku rasa dengan perasaan malas ni..banyak kali gak aku cuba buang tabiat malas ni, tapi tak berhasil..tetap akan wujud perasaan malas..korang semua mesti pernah lalui saat² malas macam aku..bila cerita pasal malas ni, aku teringatlah pulak cerita lucu yang kawan abang aku share kat aku..kalau nak tau ceritanya, bacalah kat bawah ni..tapi korang semua kena betul² faham jalan cerita ni..kalau tak faham..lantak kat koranglah....

Semoga readers terhibur...
/dignose


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” 

Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”



/bye



Expression Of My Heart....

Salam to all ..

Hari nie aku agak takde mood, sebab demam aku tak elok² lagi .. Pastuh, dalam bulan nie je aku asyik kena maki dengan customer..agak pedihlah jugak..then, semalam aku dapat berita buruk lagi..bertambah tension dalam otak aku..kerja kat tempat kerja aku tuh, bukan main berlambak lagi..tiap² hari kena buat..makin tension lak aku..duit plak dah abih..bertambah-tambah tension dalam palotak nie..macam mana aku nak pergi kerja kalau duit dah habis? Pasal makan aku tak kisah, balik rumah boleh makan..pasal duit minyak motor tuh yg aku pening kepala..macam mana aku nak pergi kerja kalau motor aku takde minyak? Macam mana motor aku nak bergerak? Aduyai..bertambah tension otak aku nie...
/blur

Korang semua pernah tak mengalami perkara yang sangat tension? Mestilah pernahkan? Bohonglah kalau tak pernah, setiap dari kita kat dunia nie mesti akan ada yang mempunyai masalah..kemudian menjadi STRESS! yang amat sangat²..macam aku sekaranglah, stress dowh, tension pun ada..pening kepala nie memikirkan masalah yang sedang aku hadapi..



Bila dah stress nie, mulalah perasaan marah menyelubungi..
Hurm, dan takde tempat utk mengadu....orang lain ada tempat nak mengadu..aku selalu berdoa je..maybe sebab tuh aku tak ramai kawan..aku selalu hadapi masalah aku sorang² je ..

Monday, September 19, 2011

Cinta Abadi

Mungkin kita terlupa dgn artikel ini.

Detik-detik Rasulullah SAW menghadapi sakaratul maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan Sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.

Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,"

kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman

kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.





Original Copied From: maklumatterkini.blogspot.com

Friday, September 16, 2011

Sharing is Caring!

There's a song that I would like to share with all readers..
It's a nice song sang by Richard Marx...the title of the song is "Right Here Waiting"
I dedicate this song for someone special that I've been waiting for a long time to marry her..
I hope that day will come and both of us will happy until the last of our breath..





Richard Marx - Right Here Waiting


Lyric

Oceans apart day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain

If I see you next to never
How can we say forever

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I took for granted, all the times
That I though would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now

Oh, can't you see it baby
You've got me goin' CrAzY

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I wonder how we can survive
This romance
But in the end if I'm with you
I'll take the chance

Oh, can't you see it baby
You've got me goin' cRaZy

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you 





















Love is something that cannot be tell...





Thursday, September 15, 2011

Go Go Power Rangers!

Aku masih ingat lagi time kecik² dulu, aku selalu tengok cerita power rangers .. seronok owh cerita nie .. 
/wahaha

Memang tak boleh nak di lupakan..patuh lagu dorang lak Iron Maiden yg bawak..memang terbaik!
Aku paling suka part dorang seru Megazord..style habislah!!

Layan!
/dignose









Wednesday, September 14, 2011

Doa Penerang Hati

For SPM Candidate!!

Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan digagalkan dr Ujian SPM.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala H0tak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau


Kalau gelak/senyum dikire GAGAL.. :P

Saturday, September 10, 2011

Geram nie !!

Salam To All !!

Tension tension tension ..
Marah aku pada sang HACKER masih belum hilang lagi .. Memang tension gile siot ..
Penat aku nak kena make-up kan balik blog neyh .. TENSION!
Sabar pun ada gak had nya .. kalau dah sampai nak hack, apa jadahnya ..
Memang siallah sang HACKER tersebut ..
Sumpah aku benci gile ..

P/S: To All Hacker Out There, Just Stop What You Doing..We All Can't Forgive You Until You DIE!!

Thursday, September 1, 2011

Kena hack!

Salam to ALL !!

Aku betul² tak sangka lahai time² raya macam ginie pun ade gak manusia nak perdajalkan orang lain ..
Tadi aku ingat nak mengupdatekan Blog aku dengan Entry² terkini ..
Bila aku bukak je blog aku, agak terkejut bila aku tgk semuanye berubah!!
OMG! Ape sudah jadi!? Mane pergi semua widget yg aku letak? Mane pergi semua make-up yg aku letak?! Siapa yg buat blog aku jadi macam nie!?
Memang dasar sundal lah mangkuk tersebut .. ape yg kau dengkikan sangat sampai nak hack Blog aku ni?
Kalau ye bebeno tak puas hati dengan aku, meh jmpe depan² ..

Marah betul aku.. Tak pasal² dapat dosa Free .. Sial lah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...