Monday, January 9, 2012

::MY OFFDAY::

Assalamualaikum W.B.T

Ohaiyo! /hihi


Hari ini merupakan hari cuti aku, walaupun agak bosan sebab tak keluar pergi ke mana², tapi aku tetap dapat rehat yang cukup. Satu hari ni aku duduk dekat rumah je dan melayari internet. Aku online Facebook, Twitter, lepas tuh makan then download movie² yang aku rasa tidak seronok untuk ditonton. Aku bazirkan hari cuti aku dengan menonton movie je. Bila dah abih tengok movie, aku pun cari cerita² lawak dekat internet. Ada salah satu cerita lawak yang aku baca tuh agak menarik perhatian aku sebab perkara tersebut pernah terjadi pada diri aku. So, aku nak kongsikan dengan readers cerita tersebut..

Harap korang semua terhibur.
/wahaha




Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60
tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.
Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.
si A : Macamana ni rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje..kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak..kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa, biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita.
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku, aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku..bla bla bla bla bla..
Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya, aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang..bla bla bla bla.
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih..punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C : Alaaaaaa..korang punya cerita tak sedih lagi cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke?
si C : emmmm, mungkin hari ini dalam sejarah.
si B : cerita aje le..kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA. UWAAAAAA!!






/bye



Sunday, January 8, 2012

Circumforatus!

Assalamualaikum W.B.T

/hihi

Yawn Dawg! W'sup!

Agak lama gak aku tak meng-online-kan diri. Lama gak aku tak meng-update- blog aku ni. Well, sibuk dekat tempat kerja baru. Tak jauh pun dari tempat kerja lama, seberang je pun adoi...



Ha! Kat sini lah tempat aku bekerja sekarang. Tempat baru, kawan² baru, aku masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri kat tempat baru ni..walaupun incharge tempat tuh aku dah nak setahun kenal. Tapi, masih lagi aku ini orang baru. 


Nak tengok wajah rakan² kat tempat baru aku? Scroll lerh ke bawah....

Aku, Affan, Ikal(Incharge) & Din


Ah Fong(Supervisor) & Affan




Nizam(Kayaball) & Shahira
(Dorang ni memang sweet couplekan?)



Macam mana? Kacak dan cantikkan dorang ni semua? Kalau ada yg berminat untuk meminta nombor  phone dorang,  boleh lerh contact aku...Nanti aku bagi. Wahaha!


/dignose




Aku berharap sangat² kat tempat kerja baru ni aku boleh stay lama and hopefully gaji pun berpatutan. Insya-Allah.
Aku pun dah letih nak tukar² kerja, penat~
Harapan aku satu je sekarang, aku nak kumpul duit untuk masa depan yang cemerlang lagi gemilang. Patuh, aku nak bantu keluarga. Sedih owh hidup bila takde saudara mara yang sudi tolong ketika keluarga aku dalam kesusahan. So, sekarang aku taknak harap pada sesiapa, biarlah susah macam mana pun. Allah sentiasa akan bantu aku, walaupun laluan yang aku bakal lalu itu terlalu banyak halangan dan rintangan, aku akan teguhkan iman di dada dan dengan lafaz Bismillahirahmannirahim, aku akan melalui jalan tersebut. Semoga hati aku tabah untuk menempuhi segala dugaan-Nya.


Kesedihan akibat Studio aku, masih belum hilang dari hati ini. Sedih tuh takkan pernah hilang sebab terlalu banyak kenangan yang aku dapat waktu studio aku masih ada. Ramai kawan² yang aku kenal kat Melaka tersebut. Aku takkan lupakan dorang semua . Hopefully, industri musik tanah air akan terus berkembang maju.





Kepada MELAKA MUSIC COMMUNITY , jangan risau..Sebab Comix akan buat jamming session yang terakhir untuk korang semua. Bila tarikhnya belum di tentukan lagi. Akan diberitahu nanti, Insya-Allah.

Alright guys, I got to go right now 'cause I didn't eat anything from morning. Kalau aku rajin nanti, aku postlah sesuatu yang baru. 

Assalamualaikum W.B.T


Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambut!




/bye












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...