Tuesday, September 20, 2011

Cerita Malas

Salam to All..

Gambar Hiasan


Ada satu masalah yang kita manusia nie tak boleh nak lari..masalah Malas..aku pun kadang² ada gak perasaan malas tuh..memang bagi aku malas ni masalah..taktau nape, tapi memang malas ni masalah bagi aku..kadang² tuh bila lepak kat rumah time cuti kerja, aku jadi malas nak keluar..taktau nape..fed-up lak aku rasa dengan perasaan malas ni..banyak kali gak aku cuba buang tabiat malas ni, tapi tak berhasil..tetap akan wujud perasaan malas..korang semua mesti pernah lalui saat² malas macam aku..bila cerita pasal malas ni, aku teringatlah pulak cerita lucu yang kawan abang aku share kat aku..kalau nak tau ceritanya, bacalah kat bawah ni..tapi korang semua kena betul² faham jalan cerita ni..kalau tak faham..lantak kat koranglah....

Semoga readers terhibur...
/dignose


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” 

Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”



/bye



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...