Friday, February 18, 2011

Pemergian Nenek Kesayanganku ..

Assalamualaikum W.b.t

Setiap insan yg hidup dimuka bumi ini pasti akan kembali juga ke rahmatullah suatu hari nanti, itulah yg terjadi kepada nenek kesayangan aku..Semalam ketika aku baru je balik dr kerja, hari tiba² hujan..aku mulai tidak sedap hati, lalu aku terus melajukan kenderaan aku laju untuk pulang ke rumah, aku berhenti di stesen petrol utk mengisi perut motor aku yg sedang kelaparan..Namun, aku mendapat panggilan drpd abg aku "Ngah, nenek tengah nazak"..Terkejut campur risau, aku teruskan perjalanan aku hingga tiba di destinasi dengan harapan bahawa nenek aku tidak apa², namun semuanya sudah terlambat, takdir telah ditentukan..Arwah nenek aku telah pun tiada lagi, sedih dan kecewa menyelubungi diri aku..Tidak dapat menahan airmata yg mengalir deras..Tidak dapat ku gambarkan bagaimana keadaan aku ketika itu..Aku ditenangkan oleh sahabat aku bernama Khalid Arrifin..

Terdiam aku sambil airmata terus mengalir..Seakan-akan sebuah mimpi pula, tetapi ianya realiti bahawa nenek kesayanganku sudah tiada lagi..Semalaman tidak dapat aku lelapkan mata, hati aku terlalu sedih..Keesokkan paginya, aku terus bergerak dr rumah aku dan pergi ke rumah nenek aku..segala kelengkapan sudah siap sedia, sudah tiba masa utk memandikan jenazah, sebelum dimandikan, anak cucu menantu semua diberitahu bahawa jika ingin melihat nenek buat kali terakhir, masuk ke dalam rumah dan kucup dahi nenek..Aku dan yg lain² masuk dan mengucup dahi nenek..Selepas itu, airmata aku sudah tidak dapat dibendung lg..Sekali lagi airmata aku mengalir, tidak dpt aku gambarkan betapa sedihnya hati aku dan sanak saudara yg lain ketika itu..Hanya doa berpanjangan sahaja didalam hati..

Setelah mandikan jenazah selesai, jenazah dibawa pergi ke masjid utk disolatkan selepas solat Juma'at..Kemudian, dibawa ke Tanah Perkuburan Islam UIA..Ketika aku lihat abg² saudara aku sedang membawa jenazah turun ke liang lahad, hati aku tiba² sebak..Aku tahan airmata dr mengalir, kali ini aku berjaya untuk menahan airmata dr mengalir..Setelah selesai semuanya, kami semua berlalu pergi..Ketika aku diatas motor, airmata aku mengalir deras..Kali ini aku tidak berjaya untuk menahan airmata dr mengalir..

"Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa nenekku, semoga nenekku ditempatkan diantara mereka yang beriman, Amin.."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...